Kita mengenali putih kerana hitam
Melihat hiruk piruk kehidupan yang sentiasa laju bersaingan sesama sendiri, kemudiannya perumahan yang menghimpit dibina memperkosa dinding jiran yang juga sempit, terpapar kenderaan yang mengaum kemudiannya menyondol-nyodol segenap jalan, seserabut itu kehidupan sekitar ini. Tapi, kelihatan anak-anak berpelikat, memakai songkok, dan meloncat ceria, kelihatan muka mereka merah seperti ceri ranum yang masak, mungkin semanis itu …