Bidang Konsultasi Ladang Ternakan

Kami menawarkan perkhidmatan konsultasi menyeluruh bagi ladang ternakan, termasuk lembu, kambing, bebiri, dan unggas. Perkhidmatan kami merangkumi nasihat teknikal, pengurusan kesihatan, dan program pemakanan yang dioptimumkan bagi memastikan kesihatan dan produktiviti ternakan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Dengan kepakaran dan pengalaman kami dalam bidang ternakan, kami membantu penternak meningkatkan keberkesanan operasi ladang mereka, mencapai hasil ternakan yang berkualiti tinggi, serta mengurangkan risiko penyakit.
Berikut adalah senarai perkhidmatan berkaitan dengan konsultasi ladang ternakan;
- Pemeriksaan fizikal (suhu, pernafasan, nadi)
- Penilaian skor keadaan badan (BCS)
- Pemeriksaan keadaan bulu, mata, dan membran mukus
- Mengenal pasti tanda-tanda penyakit berjangkit dan metabolik
- Penilaian kesihatan keseluruhan ternakan
- Diagnosis dan rawatan haiwan yang sakit
- Pemberian ubat (antibiotik, ubat cacing, ubat anti-radang)
- Terapi cecair untuk haiwan yang mengalami dehidrasi
- Pembersihan luka dan rawatan
- Cadangan pengasingan dan langkah biosekuriti
- Jadual vaksinasi tahunan dan penggalak
- Penyediaan program vaksinasi berdasarkan sejarah ladang
- Pengendalian dan penyimpanan vaksin yang betul
- Strategi pencegahan penyakit
- Analisis telur parasit dalam najis
- Program rawatan cacing secara strategik
- Rawatan parasit luaran (kutu, hama, tungau)
- Pencegahan parasit dalaman
- Diagnosis bunting (palpasi, ultrasound)
- Perkhidmatan permanian beradas (AI)
- Program penyeragaman estrus
- Diagnosis dan rawatan kemandulan (tidak subur)
- Bantuan kelahiran sukar (dystocia)
- Penjagaan selepas beranak
- Pemilihan baka pejantan dan perancangan pembiakan
- Program pemindahan embrio (ET)
- Pengumpulan dan penilaian sperma
- Rekod prestasi pembiakan
- Penilaian kualiti makanan dan keseimbangan nutrisi
- Penyediaan program pemakanan berdasarkan objektif pengeluaran
- Pelan tambahan mineral dan vitamin
- Pemantauan pertumbuhan dan penambahan berat badan
- Penyediaan pelan kesihatan ternakan khusus untuk ladang
- Penilaian dan pengurusan risiko biosekuriti
- Protokol pembasmian kuman dan sanitasi ladang
- Pencegahan penularan penyakit dalam dan antara ladang
- Pembedahan caesarean
- Kastrasi
- Pemangkasan dan penjagaan kuku
- Rawatan bisul dan abses
- Pengurusan luka
- Pembaikan hernia
- Pengesanan dan kawalan mastitis
- Pengambilan sampel susu dan analisis makmal
- Penilaian kesihatan puting
- Sanitasi dan pembersihan peralatan pemerahan
- Penyediaan rekod kesihatan, pengeluaran, dan pembiakan ternakan
- Sistem penyimpanan rekod secara digital
- Analisis data prestasi ternakan
- Melakukan bedah siasat ke atas haiwan yang mati
- Pengambilan sampel untuk ujian makmal
- Mengenal pasti punca kematian dan wabak penyakit
- Pemeriksaan penyembelihan di ladang
- Penilaian kebersihan daging
- Memastikan pematuhan dengan standard penyembelihan halal
- Pembekalan ubat-ubatan dan peralatan veterinar
- Garis panduan tempoh penarikan ubat
- Preskripsi rawatan yang diperlukan
Pensijilan Ladang dan Loji Pemprosesan

Kami turut menyediakan khidmat konsultasi bagi memenuhi piawaian pensijilan yang diperlukan dalam industri ternakan. Bagi ladang ternakan, kami menawarkan panduan untuk mencapai sijil MyGAP (Amalan Pertanian Baik Malaysia) dan MyOrganic, yang memastikan ladang memenuhi standard kebersihan, pengurusan dan amalan mesra alam.
Selain itu, kami turut membantu loji pemprosesan produk berkaitan ternakan dalam mendapatkan pensijilan VHM (Veterinary Health Mark), yang menjamin mutu serta keselamatan makanan melalui pematuhan standard kebersihan dan pengurusan loji yang ditetapkan.

Latihan dan Kursus Ternakan

Kami menyediakan pelbagai program latihan dan kursus yang komprehensif untuk penternak, pekerja ladang, dan individu yang berminat mendalami bidang penternakan. Kursus yang ditawarkan meliputi aspek pengurusan ladang ternakan, teknik pembiakan moden seperti permanian beradas dan pemindahan embrio, serta amalan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang menyeluruh.
Kami juga mengendalikan latihan khusus untuk meningkatkan pemahaman mengenai standard dan pensijilan seperti MyGAP, MyOrganic, dan VHM bagi memastikan peserta memahami dan mampu melaksanakan amalan terbaik di ladang dan loji pemprosesan.

Latihan ini disusun dengan gabungan sesi teori dan praktikal, di mana peserta berpeluang mempelajari kemahiran sebenar dalam persekitaran ladang dan mempraktikkan teknik yang dipelajari. Kursus intensif ini direka untuk pelbagai tahap pengalaman, dari asas sehingga ke peringkat lanjutan, bagi memastikan semua peserta dapat meningkatkan kemahiran serta mencapai standard industri ternakan yang tinggi.
Perkhidmatan Pembiakan Ternakan
Kami menawarkan perkhidmatan khusus dalam pembiakan ternakan yang merangkumi penyusunan program pembiakan, penyediaan breeding plan yang berstruktur, dan penggunaan teknologi pembiakan moden. Kepakaran kami meliputi penyediaan serta pembekalan semen, pelaksanaan teknologi pembiakan bantu (Assisted Reproductive Technology – ART) seperti permanian beradas dan pemindahan embrio, serta pemeriksaan kebuntingan untuk ternakan ruminan dan unggas.

Melalui perkhidmatan ini, kami membantu penternak merancang dan mengawal program pembiakan mereka dengan lebih berkesan untuk meningkatkan produktiviti ternakan. Program ini direka dengan teliti untuk mencapai hasil pembiakan yang berkualiti, mengawal baka, dan memaksimumkan kualiti genetik dalam kawanan ternakan. Dengan bimbingan pakar, penternak dapat meraih hasil yang lebih konsisten dan berkualiti tinggi, seiring dengan piawaian industri moden.

Untuk pertanyaan lanjut, sila klik butang whatsapp di bawah