Ada satu hari, saya bersama dengan seorang sahabat menemani beliau untuk mendapatkan kata sepakat dengan pihak lain yang memerlukan perkhidmatan beliau. Tak rugi jika kita mempunya kemahiran yang banyak, ramai yang akan mencari.
Tapi ketika sesi tersebut, saya melihat ada beberapa kelemahan, antaranya kami datang sedikit lewat, dan sudah mempunyai hujah tertentu, menyebabkan pemikiran kami sedikit sempit, sudah mempunyai tanggapan sepatutnya lebih terbuka.
Jadi saya tercetuslah perbualan berkenaan ilmu yang saya belajar dalam subjet dinamika suatu ketika dahulu, sehinggalah diberikan tugasan untuk menganjurkan satu majlis makan malam bertemakan “fine dining”.
Ketika itu kedudukan sudu, cara pegang garfu, sudu, pisau, kedudukan gelas, jenis makanan dan tisu semuanya memberikan maksud tertentu, malah keadaan meja sesekali jangan bersepah selepas makan.
Terasa leceh! Takut gagal, buat dalam terpaksa, memberontak sebab terasa tidak relevan pun belajar subjek tersebut dengan aliran sains.
Disebabkan beliau minta saya tulis berkenaan teguran yang saya sampaikan, jadi saya letakkan catatan disini supaya kita semua dapat sesuatu.
1. Jangan pernah bersalaman dengan orang dalam keadaan kita yang sedang duduk. Silalah berdiri untuk menyamput salam, kurang sopan ketika orang memberikan kita hormat kita sambut saja secara bersahaja, malah terserlah ego kita.
2. Kalau diajak makan, jangan sesekali kritik makanan itu tidak sedap. Sudah diajak, tapi dibiarkan repotasi pergaulan kita jatuh begitu sahaja setelah membuat kritikan, makan adalah melambangkan unsur keperluan, diajak makan, menguatkan lagi “keperluan untuk jumpa”, isi perjumpaan itu jangan sesekali sia-siakan dengan kritikan yang merosakkan
3. Jangan pernah habiskan makanan terakhir yang dikongsikan, berikan kepada orang lain. Anda akan dilihat berkaliber, mendahului hak orang dan mengetepikan hak kita sendiri, malah menunjukkan kita lebih fokus kepada isu percakapan berbanding makan.
4. Kalau kita tidak diajak, jangan minta ikut bersama, biarkan sajalah, boleh jadi akan merosakkan suasana dan menjatuhkan diri sendiri jika kita pergi. Dan boleh kita fokuskan kepada perkara lain, jangan sibukkan diri dengan benda yang tidak patut.
5. Berpakaianlah yang sepatutnya mengikut kesesuaian acara. Cara kita berpakaian mencerminkan citarasa jiwa kita. Ada yang memilih warna pakaian yang sama, dan bersahaja tanpa berlebihan sebab tidak mahu dibaca keadaan psikologi, dan untuk mudah didekati.
6. Selalulah bawa duit fizikal, walaupun kecil. Sekarang semua bayar guna QR duitnow, bukan apa, supaya senang nak bayaran, untuk bagi orang pun tidaklah terasa berat, dan memperlihatkan kita sentiasa berkeupayaan.
7. Mendengarlah, kerana ianya memberi peluang kepada kita untuk memahami lebih lagi, dan orang akan lebih senang dengan kita. Sebenarnya jika kita memberi peluang orang meluahkan kata-kata, lagi banyak info yang akan kita ketahui, jangan tutup peluang itu!
8. Makin sopan anda, semakin menang anda, kurangkan beremosi, tetap tenang dalam apa keadaan, nampak kalah tetap menang. Tak mengapa kelihatan tidak tahu, tapi ketika mana diberikan peluang, serlahkan.
9. Datang awal setiapkali sesi temu janji, supaya kita lebih bersedia dari segenap sudut ditempat perjumpaan. Kita lebih menguasai perbincangan dan dilihati serius kerana menjaga masa.
Terima kasih buat guru yang mengajar saya ilmu dinamika ketika saya berkelana di Kuala Pilah, rupanya penting ilmu tersebut walaupun saya rasa tidak relevan ketika itu, sekarang mudah untuk saya berurusan dengan sesiapa pun.
Semoga setiap kali orang yang baca, beroleh manfaat dan diberikan ganjaran pahala buat beliau. Sekali lagi saya tegaskan, perkongsian ini bukannya untuk memperlihatkan yang saya ada banyak pengalaman, hanyalah untuk diri saya tidak lupa apa yang dipelajari.
Dan kesudahan pendahuluan, kami gagal mencapai kata sepakat ketika itu. Apa pun, kalau jumpa saya berbaju hitam itu normal, warna lain menunjukkan ada beberapa urusan sedang berjalan.
*Ilmu orang tua dahulu ada “ilmu nafas”.