Suatu ketika dahulu, dalam satu wilayah nusa satwa yang dipimpin oleh sang singa dengan adil dan aman, tetapi, dalam hiruk piruk kehidupan haiwan, berlaku kekecohan sedikit disebabkan perdebatan kecil.
Kedai berkata kepada harimau; “rumput berwarna biru”
Harimau membalas; “Mana ada, rumput warna hijau la”
Perdebatan berkenaan warna rumput menjadi semakin hangat, dan mereka berdua membuat keputusan untuk membentangkan pendapat masing-masing berkenaan warna rumput kepada Sang singa.
Mereka bersungguh-sungguh menuju ke singahsana sang singa, usai saja sampai ke situ, si keldai terus melaungkan pendapatnya kepada sang singa, “ wahai raja rimba, rumput berwarna biru kan?”
Sang singa bangun dengan gagah, tanpa riak wajah terkejut pun, beliau mengiakan saja pendapat si keldai. Dalam masa yang sama, sang singa memandang tajam wajah harimau.
Si keldai tidak berhenti bercakap, lalu meneruskan pendapatnya, “si harimau langsung tidak bersetuju yang rumput berwarna biru, malah dia mengejek saya, merendah-rendahkan pendapat saya, maruah saya tercalar, semua haiwan lain mula bergaduh dengan saya, tuanku perlu hukum si harimau!”
“baik, dengan ini si harimau dijatuhkan hukuman perlu mengasingkan diri, tidak sesekali boleh berbicara dan juga mengikuti mana-mana aktiviti perdebatan selama 5 tahun, jika ingkar, kamu akan dihapuskan daripada wilayah ini!” balas sang singa dengan nada yang sangat tegas.
Si keldai mencelah riang, “padan muka kau harimau, kan dah kata, rumput warna biru…”
Si harimau terkedu, penatnya berjalan ke singahsana sang singa belum lagi hilang, belum lagi dapat mengutarakan hujahnya telah dijatuhkan hukuman, hilang kata-katanya seketika, tetapi beliau beranikan diri juga berbicara, “tuanku, kenapa hukum saya?, dah memang rumput itu hijau, itu fakta.
Sang singa menjawab, “ia memang, rumput warna hijau”, lalu si harimau membalas, “dah tu kenapa hukum saya, hukum la si keldai”. Si keldai mengibas-ngibas ekornya sambil mengejek si harimau lagi, harimau semakin panas melihat tingkah laku itu.
Begini harimau, sang singa mula berbicara dengan tenang, ceritanya bukan warna rumput itu hijau atau biru, tetapi, hukuman ini dijatuhkan kepada kamu satu makhluk yang gagah, berani, bijaksana, kenapa buang masa berdebat dengan si keldai yang perangainya kamu sangat kenal, dia bodoh, malah sangat fanatik dengan apa saja yang dia percaya, dan yang paling aku terkilan, sampai ke sini kamu bawa isu warna rumput.
Si harimau tertunduk kemudian terduduk, dia baru tersedar kesilapan yang dia lakukan, dalam hati si harimau berkata “alangkah baiknya jika aku berdiam saja daripada berdebat dengan si keldai”
Fakta: keldai, harimau, singa semuanya boleh melihat warna biru, hijau dan merah.
Sumber asal: https://www.facebook.com/groups/2454207508135615/permalink/3443008525922170/?mibextid=Nif5oz
Sumber gambar: https://www.linkedin.com/pulse/story-donkey-tiger-agboro-avery-jerome