Mat dalam bahasa Arab ialah mati, teringat perkataan mat ni ketika belajar ngaji ketika zaman kanak-kanak, selalu disebut, baris mat berhenti lah, tandanya bulat di atas huruf “ه”.
Bagi yang mempunyai nama mat pula, anda sebenarnya sudah mempunyai peringatan tentang kematian yang sangat berkesan.
Dalam catur pula bila sudah mati disebut “checkmate” perkataan mate zaman kanak-kanak ambo selalu tulis dengan ejaan “mat”, bahasa Inggeris ambo terlalu teruk, ketika peperiksaan subjek BI memang menjadi kebencian ambo sepenuh jiwa.
Selain itu warna hitam juga dikaitkan dengan kematian, tapi sungguh ambo tidak berkeinginan melihat pakaian berwarna hitam disaat kematian kerana teringat dengan kedatangan malaikat Azab yang datang dengan pakaian serba hitam dan menakutkan.
Tapi warna hitam dari sudut psikologi mempunyai beberapa makna antaranya, misteri, ketegasan, kuat, produktif dan pelbagai lagi, namun ianya menjadi warna yang dipandang negatif sehinggalah dikaitkan dengan kematian dan buta .
Jangan risau ambo masih hidup lagi, cuma dalam keadaan 3 hari ini badan tidak berapa sihat, syukur sebab masih lagi diberi rasa kasih sayang Allah. Dari perkataan mat, sehinggalah ke warna hitam, sebenarnya ambo suka pakai baju t-shirt hitam. Sedar pun bila anak sulung yang tegur, warna abahnya adalah hitam sebab abah selalu pakai baju hitam.
Jangan risau, kalau nampak ambo pakai baju hitam, ambo sentiasa tukar dan pastikan yang bersih sahaja, ada 1001 sebab kenapa suka pakai baju t-shirt hitam, sebab utama itu ja baju yang ada, selalu dapat baju yang orang bagi pun warna hitam, jadi ambo kumpul semua baju yang hitam saja lah.
*sebab ada yang tegur kenapa asyik pakai baju hitam.