Tenang saja Jumaat yang mulia hari ini, memerhatikan perubahan yang berlaku pada embryo, setelah melalui beberapa proses, pengumpulan sprema dan ovum, kemudian melalui proses pembersihan sperma, kemudian pembersihan ovum, disenyawakan, setelah itu dipilih pula ovum yang terbaik, juga yang telah disenyawakan.
.
Empat ke lima hari proses pemerhatian yang dilakukan, ada pelbagai gelagat yang terjadi, ada yang terasing, ada yang berkumpulan, ada yang kurang matang, ada yang terlalu cepat, ada yang terlalu perlahan pembentukan embryo.
.
Yang menarik dalam pemerhatian ini, segugus ovum seperti saling membantu, dan dalam segugus itu juga ada yang terkorban dan tidak mengembang lagi. Yang terasing pula kelihatan sedikit lambat untuk berkembang tetapi normal.
.
Hampir sama dengan kehidupan sosial manusia, saya mengambil pengajaran dalam pemerhatian kali ini “sejak dari asal benih lagi rezekinya telah ditentukan, betapa sempurna ciptaanNya”. Suasanya, sumber kehidupan diberi sama rata, tapi akan ada yang berhenti berkembang, dan ada yang terus berkembang. Sudah diatur, jika setakat 2 hari sahaja rezeki untuk berkembang, tidak lebih dan tidak kurang lagi.
.
Begitulah hidup kita seharusnya “Urip Iku Urup”, jika mampu, beri sokongan yang sepatutnya kepada orang sekeliling kita, biar hidup kita menyinari sesiapa sahaja. Jangan melayan amarah jika sesuatu tidak mengikut kehendak kita, bak kata pepatah kita bila marah, kelihatan muka kita merah padma, buruk!.
.
Tenang saja, ada yang tak menjadi, kita buat lagi.
Nota:
“Merah padma”, selalunya kita menggunakan “merah padam” bagi menggambarkan keadaan sedang marah, Padma adalah pokok bunga iaitu bunga Rafflesia.
Horas