Dalam segala apa bidang usaha, kita kena satu tujuan yang jelas. Sebab itu, apa-apa pun mahukan kertas kerja. Iya, ada sesetengah pihak yang kata kertas kerja ini semua mengarut, kerja dulu baru kertas (duit) datang.
Yang dikertas hanya gambaran, anggapan, dan teori semata-mata, tapi realitinya berbeza. Baik, sekarang jangan faham benda merapu itu semua, yang mahu dibuat sekarang menjelaskan tujuan bidang usaha yang dilakukan.
Ada satu masa, terasa nak putus asas atas sebab-sebab tertentu, sila rujuk semula kertas kerja anda! Apa tujuan sebenar? Dan sila update kertas kerja anda, bukan buat awal-awal kemudian jadi kertas bakar nyamuk bila terasa gatal.
Buat kertas kerja, bukan upah orang buat atau tiru orang buat! Masing-masing ada tujuan tersendiri, masing-masing ada keperluan dan juga kemudahan tersedia, lain situasi.
Jika anda mahu jadi geranpreneur lain niatnya, lain juga habuannya, jika nak jadi entrepreneur lain pula (sendiri faham). Tak mungkin kandang kambing atas bukit dibuat tinggi, kandang ditempat landai dibuat lantai tanah, sedangan aliran kederasan angin berbeza.
Ada orang dia tersesat dijalan yang lurus, tapi ada juga yang tak sesat dijalan yang berliku. Isu bukan kertas kerja sebenarnya, isunya jangan putus asa.