Bahan bacaan

Sudah lama saya pendam untuk menyatakan pandangan tentang membaca, dahulu saya bukan suka sangat membaca, boleh kata benci dan rasa terbeban jika membaca, lebih suka mendengar jika mahu belajar sesuatu. Tapi, apa boleh buat, akhirnya perlu juga membaca, jadi terpaksa dan juga dipaksa juga, akhirnya sekadang sudah menjadi tabiat.

Dan kini, jika tidak membaca rasa tak senang duduk, ada sahaja yang tidak kena dengan info yang diterima, selalu saja kena semak semula dan pasti ada pembetulan yang perlu dibuat. Percayalah, proses itu yang memberi keseronokan membaca.

Tapi, susah betul nak dapatkan bahan bacaan yang berkualiti dan memuaskan hati saya. Yang saya maksudkan adalah bahan bacaan dalam bahasa Melayu, terutamanya dalam bidang yang saya ceburi, disebabkan itu wujudnya penternak.my

Sesi memburu bahan bacaan ini yang banyak memakan modal kewangan, masa dan juga tenaga. Iya betul kenapa tidak saja terus ke perpustakaan, semuanya ada disitu, betul semua ada disitu, tetapi masih lagi hak milik orang.

Jadi sesi memburu bahan bacaan saya perluaskan kepada media masa kini iaitu internet, dan itu juga menjadi cabaran disiplin menggali info yang tepat dan dipercayai. Jadi saya kongsikan dimana tempat yang saya percayakan dan selesa menggunakannya setiap hari, secara ringkas antara tempatnya adalah seperti berikut;

Bookcafe

Buat masa sekarang, ianya menjadi lubuk pencarian buku yang mengasyikkan. Bukan tempat lain tak syok, tapi disebabkan selalu guna, saya sudah jadi selesa. Terdapat beribu judul buku malah perlbagai kategori yang boleh diperolehi, jadi tak menang tangan untuk memilih, untungnya website bookcafe ada menyediakan maklumat berkenaan buku yang diinginkan. Banyak buku tempatan, dan yang paling penting selalu ada promosi dan diskaun yang banyak, lumayan.

Layari https://bookcafe.com.my/

Feedly

Ianya sebuah aplikasi yang boleh dipasang pada telefon android ataupun apple ios. Apa yang menarik, dengan Feedly kita boleh meletakkan pautan sesawang yang selalu kita layari, kemudian Feedly akan paparkan dengan ringkas dan memaklumkan kepada anda jika terdapat artikel terkini yang dimuatnaik. Tak menyesal jika pandai gunakan feedly.

Layari https://feedly.com/

Blinkist

Konsep dia dah macam buku nilam, sinopsis buku. Ia, sebelum membeli, saya lagi suka memahami adakah buku itu, buku yang tepat untuk saya miliki dan salami info yang susun. Blinkist, menyediakan rumusan dan sinopsis bukan setakat sebuah buku, tetapi juga setiap bab, dan ditambah pula dengan audio book. Berbayar, tapi akan ada sebuah buku pada setiap hari yang diberi secara percuma untuk baca, keesokkannya akan berubah buku lain pula. Namun, kebanyakan buku yang ditawarkan adalah buku antarabangsa, tiada buku tempatan.

Layari https://www.blinkist.com/

e-sentral

Tempat penjualan ebook, selalunya saya gunakan apabila pilihan pertama iaitu memiliki buku fizikal tiada dipasaran, e-sentral menjadi tempat cubaan ke 2 untuk memperolehi bahan bacaan tertentu. Namun, pada aplikasi pintar yang mereka sediakan saya agak kurang selesa, itu saja selain google book yang boleh saya gunakan. Di sini, banyak bahan bacaan ilmiah yang disusun elok oleh penerbit tempatan dan luar negara yang boleh didapati.

Layari https://www.e-sentral.com/

Cereka

Masih lagi baru, kadang kala buka, ada ketika langsung tidak ditengok, konsepnya mudah seperti Netflix, sewaan buku, kebanyakan buku yang ada ianya buku hiburan, boleh jadi suatu hari nanti akan ada juga bahan ilmiah yang akan ditawarkan. Apa yang dibuat oleh amanz akan membantu ramai pihak yang mahu membaca, dengan menyewa buku melalui aplikasi pintar.

Layari https://cereka.app/

Namun, bukan semuanya sempurna seperti yang diinginkan. Jesteru itu, kesemuanya perlu digunakan untuk memperolehi info yang tepat dan dipercayai, harap jika tuan puan sudi kongsikan tempat memburu bahan bacaan, boleh nyatakan diruangan komen untuk bantu saya memburu lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *