Pesanan

Hey Azamin.

Apa hidup mahu lagi mendongak? Sedang hidup pun sentiasa menumpang belas kasih tuhan.Kerdinya!Dilahirkan daripada proses percantuman sel paling kecil dan sel paling besar dalam badan, dan ianya hanya sel yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar.

Yang paling kecil itu, berlumba-lumba, berebut supaya dinobatkan anugerah tersenyawalah yang menang. Dan pengalaman itu kah yang membuatkan kamu rasa hebat?

Wow…Hebat!

Sengaja lupa yang dahulu bertapa kerdilnya dia, tapi, apabila sudah diberi nyawa sudah berani cakap besar, ada saja yang itu salah ini benar, sekiranya benar sekali pun, apa dirasa diri itu lebih baik dari dia kah? Itu sombong! Masih tidak sedar yang hidup hanya menumpang sifat kasihan tuhan kepada dia.

Sombong!

Jadi, berharaplah supaya limpah kasihan itu sentiasa dikurniakan, takutlah jika murka Dia hilang tempat bergantung hidup semalam dan esok. Kita merasakan kita yang benar, padahal ada kebenaran disebaliknya, tapi kita buta.

Marah?

Itu pun sombong! Layak kah kamu untuk merasai marah kepada orang lain? Sebab rasa melihat sesuatu yang salah dan mengakui diri sendiri berasa benar, lalu marah? Itu sombong! Dan terbinalah neraka ketika hayat kehidupan. Hari ini, binalah syurga untuk diri sendiri supaya syurga itu juga untuk orang lain. Berlapanglah dan bertenang, itulah prosesnya. Pesanan untuk diri sendiri, jangan sombong lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *