Dalam hidup ni kalau nak suasana penuh berkebajikan, kena beri kebebasan, jika mahukan kebebasan yang meluas, berikan juga kepelbagaian pilihan, apakah kepelbagaian pilihan boleh membahagiakan kehidupan Kita?
Paradox of choice ni memang berlaku dalam kehidupan seharian Kita, boleh jadi time nak beli barang dapur, nak memilih pakaian, dan macam-macam lagi.
Dalam situasi penternakan, saya biasa jumpa keadaan sebegini (contoh saja);
Farmer: ADNt, macamana ni, lembu saya nampak kurus, dah ada yang mati 4 ekor.
ADNt: ada dua pilihan, yang pertama, lembu ni lepas bebas, jadi saya nak buat pemeriksaan dan pemerhatian, tuan kena buat kurungan sementara, dan kita boleh usahakan untuk buat rawatan, tapi mungkin akan ambil tempoh yang lama. Jadinya tuan kena sediakan makan, minum dan jaga keselamatan ternakan tuan. Kita buat flushing program.
Farmer: Susah macam ni dokto, saya biasa lepas bebas saja lembu, mana mampu nak cari makan ternakan, nak buat kurungan sementara pun tak boleh. Pilihan kedua apa dokto?
ADNt: Tuan kena jual mana-mana ternakan yang tak produktif dan sembelih mana-mana yang dilihat sakit.
Farmer: Dokto tahu sembelih….sembelih….sembelih….kalau dokto jadi saya, apa pilihan yang dokto akan buat?
ADNt: Sembelih la kalau dah tak dapat nak diselamatkan, bukan suka-suka suruh sembelih, duit jual daging tu boleh jadi modal buat kurungan, dan beli supplement untuk ternakan. Saya bukan tuan, saya berikan pilihan, tuan boleh pilih, saya ada pilihan ketiga, tapi saya rasa tuan tak mahu dengar pilihan kali ni.
Farmer: abes tu? Macamana nak selesaikan ni? (Stress)
Anda bahagian dengan paradox of choice? Saya rasa lebih serabut, tapi pilih sajalah. Akan jadi juga situasi “ditelan mati emak, diluah mati bapa”. Agak-agak apa pilihan ketiga tu?
(Gambar adalah hiasan semata-mata)
Fakta: Tajuk ni diambil dari tajuk sebuah buku.