Beberapa hari ni dapat soalan dan kes yang kebanyakannya berkaitan dengan pembiakan ternakan. Saya rasa semua sedar yang pembiakan akan menjadi batu loncatan ke arah hasil sesebuah ladang.
Masalah induk tidak bunting, sekadar penemuan saya sendiri lihat seperti kualiti induk, usia induk dan pelbagai lagi masalah menjurus kepada kurang kadar kejayaan untuk membuntingkan induk ladang.
Terjumpa webinar ni, yang dikelolakan oleh American Angus Association, mereka jemput Dr. Patsy Houghton untuk berkongsi tentang pengurusan induk ganti yang baik, bermutu dan lebih untung.
Kalau cari info pasal Dr. Patsy Houghton, dia antara orang terawal yang kembangkan konsep “Professional Heifer Development”, maksudnya memang orang betullah kalau nak berkongsi tentang induk ternakan ni.
Apa yang dikongsikan oleh beliau sepanjang 1 jam lebih ni?, banyak! dan memang kena dengan apa info yang saya sedang cari, antaranya;
1. Perancangan program pembiakan (bila masa yang sepatutnya nak buat AI, nak Sync…dan lain2).
2. Spesifikasi betina dara dan faktor yang akan mempengaruhi mutu.
3. Kaitan BCS (body condition score) pada kesuburan induk, (hurm jangan la bagi induk BCS dia 2-2.5 pun dah nak buntingkan, kesian dia).
4. Frame score, mempengaruhi kebuntingan pertama (FS ni tak ramai yang selalu perhatikan, tapi FS ni bukan tengok2 ja, dia kena follow dari awal anak ternakan membesar hinggalah dia dara, capai score, boleh masuk program pembiakan).
5. Pengurusan makanan istimewa untuk induk (mengikut beberapa fasa (pembesaran, flushing, breeding), tengok juga kepada keadaan ternakan, tengok la sendiri kalau nak tau formulasi).
6. Pengurusan data (paling malas nak buat ni)
dan banyak lagi, kalau tak silap ada 15 key yang ditegaskan, tak larat la nak tulis (masa tak cukup).
Jadi kesimpulannya? kerja-kerja pembiakan ni macam seni halus, ianya melibatkan analisis dan juga masa, “bila kita memahami apa yang berlaku, tidaklah nak salahkan kepada benda yang tak sepatutnya”, kan syok dapat urus dengan baik, untung la kan.
Saja la kongsi info ni sebab takut lupa, ilmu kalau sorok, rugi la, dan harapnya boleh kita cetuskan perbincangan/ perkongsian/ pengalaman yang baik.
Inilah dia persatuan penternak amareka ni, amareka sungguh la, persatuan-persatuan kita bila lagi nak macam ni? Jom kita pakat bina kesatuan.
Bagi yang berminat nak tengok webinar ni, sila ke https://www.youtube.com/watch?v=tPQVJehkJVI&t=1195s