“Laksana golok kayu,ditetak tidak makan,dijual tidak laku”
Menuntut ilmu adalah keperluan dalam kehidupan setiap manusia, dengan ilmu manusia mampu meningkatkan darjat dirinya. Tidak kira di sisi Tuhan atau dikalangan manusia, darjatnya tinggi.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk belajar, bukan hanya dengan menghadiri kelas konvensinal saja, yang ada praktikal lagi mantap. Ada yang mengatakan dan mengiktiraf universiti jalanan itu yang terbaik. Ada syarat untuk belajar, pengerasnya, perlu dipatuhi dan diikuti, bukan dengan semberono saja acaranya.
Ilmu itu mahal, jika syaratnya yang diberikan oleh tuan guru, tempat belajar dan yang berkaitan dengannya tidak dapat dipenuhi jadilah “laksana golok kayu,ditetak tidak makan,dijual tidak laku”.
Dikatakan ilmu itu grantis, masakan hidup ini ada yang grantis, “nehihe”, mana ada sesuatu yang percuma. Akhir kalam, nak hidup kena ada ilmu, nak mati pun kena ada ilmu.