Cerita ini bukan cerita semalam hari ini sudah jadi, ianya cerita 7-8 tahun yang lalu. Bermula dengan 2 ekor kemudiannya 30 ekor, dan ada ketika menjadi 2 ekor kembali, dan sekarang sudah menuju kearah 30 ekor semula. Apa yang berlaku dalam 7-8 tahun ini? Proses membina insan yang mampu melihat potensi budi daya yang sedang diusahakan. Pada awalnya, hanya seorang yang memgusaha, sekarang sudah menjadi 4 yang turut serta.
Bukan setakat itu sahaja, cetusan itu menyebabkan wujudnya kluster yang tanpa segan situ berasa bangga dengan budi daya yang mereka ceburi, dan lebih mengharukan mereka dikalangan remaja yang meletak wang mereka bukan kepada meterial remaja, mereka lebih rela meletaknya pada ternakan.
Sikap itu semakin menyerlah, bila saat melihat rakan mereka mendapat hasil yang lebih baik, sebagai contoh kelahiran anak ternakan yang balik, yang lain juga berlumba juga untuk mendapatkan yang lebih baik lagi.2 tahun kebelakangan ini, pelbagai cara, sedakan agresif, dikutuk, jerkahan, paksaan dilakukan, memujuk pun ada, memerli kerap kali membasahi telinga mereka, bukan apa, supaya kali bukannya masa sembang lagi, kali kini kena berhasil. Penyampaian secara lembut telah dibuat 5 tahun sebelum itu, dan kali ini, masa terasa sangatlah suntuk. Terima kasih buat mereka yang bertahan.
Lebihan 2 jam sehari selamat 2 tahun itu, ada yang salah anggap berkata ” ada manfaat peribadi lah disitu”. Tak mengapa, benda betul yang diusahan memang begitu lumrahnya, mahu dilarang mereka prasangka serong, Allah telah perintahkan jangan berkelakuan begitu. Tapi … Anggap saja lah ianya sebagai hiburan kehidupan.
Sekarang, melihat mereka sudah ada minda berkembang, mungkin sudah sampai masanya swapandu program bimbingan selama 7 tahun ini sudah boleh diaktifkan. Buat apa kita menceritakan semua kebaikan, jika ada sahaja yang buruk diperdebatkan. Diam, jalan sahaja.Buat mereka yang pernah bersama, buka minda dan teruskan melihat potensi budi daya yang diusahakan, bukan semata-mata kuantiti, utamakan kualiti! Tengok mana objektif yang telah ditetapkan, usaha berterusan jangan sesekali terhenti.
Selamat maju jaya.
Jitra, Ramadhan.