Kopratasa

Saya percaya untuk menikmati dan merasai hasil setelah menjalankan apa sahaja usaha, adalah dengan melakukannya dengan “work hard dan work smart” disekalikan. Sebab kalau terlalu “smart” fikiran hanya tertumpu untuk mencari jalan singkat saja, kemudiannya cuma mengurangkan segala daya yang dirasakan sukar.

Sama juga dengan menarik lembu, jika hanya kekerasan yang diguna, habis lenguh badan, jadi untuk menarik lembu kerja kena buat dengan cara cerdik, dan keringat. Begitu juga ketika membuat kandang kambing, reka bentuk mestilah mengikut masalah dan penyelesaian. Jika banjir tiada, jika pemangsa tiada, jika pengudaraan baik, boleh saja dibuat dengan lantai rendah, dan berbumbung dua lapis.

Seloka orang bakhil, melihat manfaat sementara hanya untuk dia, bukan untuk jangka panjang, bukan juga untuk manfaat ramai. Mereka boleh berkongsi kawah, untuk memasak gulai, tetapi dagingnya dibungkus rapi, dan kemudiannya rempah, santan serta air dikongsi. Jika dilihat dengan teliti, bukan sikap muafakat yang ditonjolkan tetapi bakhil untuk menikmati rasa sedapnya masakan.

Kopratasa, sama maksudnya dengan ucapan salam, ataupun salam sejahtera, perkataan sanskrit yang pernah digunakan oleh nenek moyang kita sebelum ini. Sejahtera akan terbina dengan adanya sikap mantik, melihat sesuatu yang tidak dipersetujui tetapi menerimanya untuk dipersetujui, kerana, mengeruhkan keadaan bukanlah cara yang baik untuk menegakkan hujah.

Dengan itu, saya melihat kerja keras tidak sesekali boleh dipisahkan, dan perlu dilengkapkan dengan kepintaran. Porak suasana kerana masing-masing pintar melontarkan hujah, sedangan kedua-duanya benar dalam situasi berbeza. Baru-baru ini, gurusaya berpesan “buka mata, buka telinga, tutup mulut”.

Selamat berhari raya saya ucapkan dengan lebih awal, ampun maaf dipinta atas setiap kesalahan, sangat tipis saya rasakan untuk mengucapkan zahirnya kegembiraan dihari raya nanti, disebabkan masa sangat iri hati, ditambahkan lagi dengan beberapa isu hangat yang disalah tuju, rehat sebentar.

Kopratasa, sebuah kumpulan penyanyi lagu puisi.

Dwitasik, Ramadhan 20.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *