Ada satu peristiwa terjadi saat hujan renyai turun dan kilat guruh berdetum, dalam sebuah bas, ianya bermula dengan ucapan pemandu bas, “wahai sekalian penumpang, kali ini saya boleh rasakan perjalanan kita sukar, berkemungkinan akan terjadi kemalangan yang akan meragut nyawa kita semua, dan ianya disebabkan oleh salah seorang dikalangan kita yang ditakdirkan akan meninggal pada hari ini, saya boleh rasakan ini”.
Kesemua penumpang mula memandang sesama mereka sendiri dengan penuh tanda tanya, dan mereka semua mula bersuara riuh. Pemandu tersebut mencadangankan setiap orang turun dan menyentuh pokok yang berada disebelah bas. Namun setiap penumpang tidak berani untuk turun, lalu pemandu bas tersebut yang memulakannya, dan dia selamat. Untuk dipendekkan cerita, giliran penumpang terakhir untuk turun. Kesemua mata penumpang lain memandangnya dengan pandangan berkata, “mesti engkau yang akan meninggal”, “engkaulah yang menyebabkan kekalutan ini”, dan pelbagai lagi maksud pandangan mata yang beliau hadapi.
Beliau dipaksa turun dan sentuh pokok tersebut dengan kekasaran dan kejian. Dengan berat hati beliau turun dan penuh yakin yang dia akan disambar oleh kilat. Saat dia menyentuh pokok tersebut, keadaan cuaca tiba-tiba berubah, dan cahaya yang silau serentak dentuman guruh sampai, sebuah letupan telah berlaku pada bas yang berpenumpang.
Beliau yang melihat kejadian itu termanggu dan terkejut lega. Dia yang terselamat, ini berkemungkinan besar, bas serta penumpang akan terus selamat selagi beliau masih berada di dalam bas.
Antara kesimpulan yang boleh difahami, keselamatan kita, kejayaan dan segala apa yang kita rasai/berlaku dalam hidup kita ini ada perkongsian, kita menumpang juga rezeki orang lain. Hargailah orang disekeliling kita, mereka adalah aset dunia dan akhirat untuk kita.
*olahan dari cerita asal yang disampaikan dalam sebuah ceramah, tak ingat dah. Terima kasih buat sesiapa sahaja yang hadir dalam hidup saya. Terima kasih.