Zadah

Dalam kehidupan ini apa yang saya belajar, “usaha maka berhasil”. Jika mahu lebih lagi, maka gandakan saja usaha itu, supaya hasilnya lagi berganda, mahu gandakan usaha, tenaga, masa, sumber, individu dan beberapa perkara lagi juga perlu digandakan.

Pesan guru, “buat satu persatu”, sederhana saja jangan berlebihan lagi. Dalam satu persatu pasti akan ada masalah yang perlu diselesaikan, begitulah dalam urusan membangunkan usahawan terutamanya dalam penternakan.

Jangan lupa, gandakan juga tahap kesabaran, sebab bila berurusan dengan ramai orang, ada yang tidak sabar, mahukan hasil dengan pantas, itu sifat biasa manusia, yang luar biasa adalah mereka yang ada tahap kesabaran berganda, ada yang melihat mereka ini senang digula-gulakan, tapi hati-hati sebab kesabaran yang berganda, mereka sedang menyusun tindakan yang diluar kotak.

Usaha yang berganda, jangan lupa doa, kita hanya pelakon yang telah diberi skrip dan arahan telah diberikan, lakonkan sebaik mungkin, lontarkan alunan dialogue dengan merdu, supaya hasilnya pasti lumayan.Zadah adalah perkataan gandaan yang biasa digunakan oleh masyarakat Pakistan, kebiasaannya dikalangan kita suka gunakan perkataan tu dalam sebutan “jadah”, haram jadah!

Selamat berbuka puasa, semoga berganda pahala ibadah kita kali ini.

Dwitasik, Ramadhan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *