Menyusuri jalan yang berturap, bersusun rapat dengan jentera pelbagai rupa, ada yang sepakat melalui lorong yang sama, ada yang menghala ke lorong yang berlainan. Lorong yang tidak akan dilalui, kerana destinasinya berlainan. Terus meluncur laju bila ada sahaja peluang terbuka luas, sambil memegang stereng kereta, benak otak ini terfikir “apakah aku menyusuri runut kehidupan yang sebetulnya?”
Mungkin persoalan itu saya tak boleh beri jawapan yang sebetulnya, memerlukan pandangan orang lain, iya, itulah sebaiknya. Mengeluh, sebab ada sebuah kancil kelihatan keliru dengan jalan yang dilaluinya, pintas tanya tangguh lagi. Seperti prinsip diri, “tinggalkan sahaja yang menyekat kelincahan perjalanan” seiring dengan suasana zaman kini mungkin.
Dalam apa jua urusan, hata kita sendiri pun ada menetapkan runut yang perlu dilalui, untuk menjayakan urusan yang diingini. Kebiasaan sesi mengadu, tersalah saluran, aduan tidak selesai, salah maklumat, semakin bermasalah situasi yang dihadapi, salah orang ajak berbincang, sia-sia sahaja perbincangan, salah keluhan, ishhh kelihatan tidak manis juga.
Ada kala kita suka membanding-bandingkan, itu dan begini, sudah tentu tak akan sama sebab ianya jalur masa yang berbeza untuk setiap orang lain. Alang-alang, berkaitan dengan perbandingan ni, saya terlihat satu laman sesawang membandingkan item komoditi yang dikeluarkan oleh sesebuah negara, berkaitan ternakan, emas dan banyak lagi, saya rasa ianya sumber rujukan yang baik, mungkin ada yang tidak tepat, jangan hanya bergantung harap kepada satu sumber sahaja.Perbandingan harga;
Ayam https://www.globalproductprices.com/rankings/poultry_prices/
Daging https://www.globalproductprices.com/rankings/beef_price/
Susu https://www.globalproductprices.com/rankings/milk_prices/
Telur https://www.globalproductprices.com/rankings/egg_prices/
Beras https://www.globalproductprices.com/rankings/rice_prices/
Gandum https://www.globalproductprices.com/rankings/flour_prices/
Jagung https://www.theglobaleconomy.com/world/maize_prices/
Tapi, jika isu yang kita pendam, tidak melalui runut ataupun alur yang baik, isu itu tidak boleh diselesaikan dengan baik, boleh jadi makin melarat. Tapi, perkataan “runut” ni sesuai ke tak dijadikan tajuk? Berjalanlah mengikuti runut yang telah dibina berlandaskan kebaikan, dan ianya pasti tidak akan menyesatkan.