Anak bilis ini

Alhamdulillah, baru saja selesai, selagi masih berhujah, kita suarakan. Saya sedut semula, dan suka untuk ulang kisah bersama seorang “YB”, dialoguenya lebih kurang begini, “selagi otak masih waras, selagi kudrat masih ada, selagi masih hidup, saya akan bercakap tentang ini (ilmu penternakan), bukan sebab duit, saya bukan orang meniaga sebab itu dah jadi amanah”.
*Kalau dia baca, mohon senyum, bukan mahu puji, tapi dia dah tunjukan tauladan yang baik untuk saya amalkan.

Ayat ni saya harap ianya kekal dalam otak, sebab saya terdiam bila orang yang sudah berumur 62 tahun (lebih atau kurang). Apa alasan saya nak mengular bila tengok dia pun masih semangat! Terasa malu sebentar ketika itu.Beberapa hari sebelum ini, saya meluahkan terasa bimbang dengan beberapa perkara, kenapa perlu diam tentang perkara yang baik. Kena sebarkan, kena kembangkan dan kena laksanakan mengikut kemampuan. Seiring dengan tindakan menggunakan tangan, mulut ataupun dengan hati, sebab bukan hanya mencegah kemungkaran sahaja yang akan dipersoalkan, ilham perkara yang baik juga bakal dipersoalkan perlaksanaannya.

Dan sudah pasti, saya bukan jenis yang cakap sahaja, saya lebih suka berbisik dahulu, dan terus buat, baru boleh cakap kemudian, proses ni akan merembeskan lagi adrenaline, dan saya tagihkan bahan itu, untuk merasakan keseronokan dan kepuasan. Terima kasih kepada pihak yang terlibat, sudi mendengar apa pandangan insan kerdil (masih mentah), terima kasih juga kepada keluarga tercinta kerana menyokong dengan pengorbanan masa, terima kasih juga buat para penternak yang beri kerjasama (yang dilawanan tu bukan apa, saya tak berapa kuat nak hadap, sebab kena kejar usaha ni sepantas mungkin).

Sebenarnya saya lebih suka diam supaya lebih tenang, tapi saya buat catatan ni, dengan harapan, jadi peringatan dan ada sedikit tauladan kepada sesiapa yang juga ada semangat yang sama. Tak semua yang diusahakan boleh diceritakan, tapi yang ini, suka saya dedahkan, agar didoakan kejayaannya boleh dirasai oleh semua orang.

Rehatkan tulang belakang sebentar, sambil layan lagu;

Padamkan lampu tidur tutup mata fikirkan,
Di dalam gelap engkau masih mampu melihat benar,
Padamkan lampu tidur nyalakan lampu hati,
Hitam dan putih tetap indah bila kau kenal,
Oh warnanya
Wing/Padamkan Lampu Tidurmu/1998/ Al Fussilathttps://youtu.be/6zGar4gm9f8

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *