Baca

Semalam sebelum tidur saya sempat menonton video GarasiTV (sudah menjadi tabiat saya untuk mengisi minda dengan sesuatu yang baharu sebelum tidur), topik kali ini “Teknik Membaca Buku” yang disampaikan oleh Zainal Rashid bin Ahmad https://www.youtube.com/watch?v=6YYWc-p6rZg&t=441s . Layan jiwa betul bila tonton GarasiTV, rasa macam makan nasi ketika lapar. Baik, apa yang disampaikan dalam video tersebut memang menikam jiwa, sebab beliau berpesan “membaca ini adalah gim untuk akal”, dan ianya betul!

Secara tak sedar dengan membaca cara berfikir juga berubah, ianya akan diterjemahkan pada cara bercakap dan juga perbuatan. Sebab itu, untuk ubah mind kita sendiri, bacalah, nanti kita boleh berbincangan dengan sesiapa sahaja dengan lebih seronok, mendengar idea, menyampaikan hujah, akhirnya pertembungan pandangan ini akan jadi lebih harmoni.

Saya suka berbicara dengan beberapa orang, dan sengaja saya cetuskan beberapa perkara supaya dapat mendengar lagi hujah-hujah yang mereka lontarkan. Cara mereka bercakap lain sebab kosakata yang mereka gunakan sangat baik, penyampaian mereka pun sangat tersusun, sebagai contoh selain GarasiTV, suka juga saya menonton ML Studio (pelbagai topik baru), selain itu begitu begini DJ Nazz, kalau dalam lakonan suka saya menghayati film P.Ramlee, Sabri Yunus mereka membaca, kalau lagu suka saya dengar M.Nasir dan Loloq.

Jangan takut untuk membaca sebab tak faham, nak faham kena berguru atau cari sumber rujukan, betul membaca sebab nak tahu, ianya sebahagian, tapi membacalah untuk melatih daya pemikiran. Dulu buat-buat saja suka membaca sebab tak nak buat kerja-kerja lain (niat pun tak betulkan), lama kelamaan, ianya jadi tabiat, pelbagai teknik membaca yang ada, dan tak semuanya sesuai dengan kita, yang penting bacalah dulu.

Saya dahaga bahan bacaan yang boleh mengusik jiwa, buat masa sekarang saya banyak menjiwai buku yang diterbitkan oleh The Patriots (https://www.thepatriots.asia ) dan boleh beli buku di https://www.thepatriots.store , selain itu saya juga selalu mencari bahan bacaan di https://bookcafe.com.my/ ataupun lain-lain tempat secara online. Seterusnya setelah membaca, mulalah menulis, kena banyak membaca untuk menulis, dan juga perlu ada disiplin untuk menulis. Saya sendiri mengikuti kelas penulisan, boleh daftar di sini jika berminat juga https://dojo.my/spr2022/ inisiatif sendiri, sebab hidup kita perlu memberi, bukan hanya meminta dan menerima semata-mata.

Akhir video tersebut, Zainal Rashid bin Ahmad menegaskan “membaca buku bukan niat nak mencuri ilmu” “berlaku jujurlah dengan buku”, saya melihat membaca buku itu bukan sekadar mencari info, menghayati isi kandungan buku itu juga penting. Wahyu pertama “Iqra”, baca buku IQ dan EQ akan lebih baik, selamat membaca. Buat para penternak, banyak bahan bacaan yang bermanfaat di website DVS https://www.dvs.gov.my dan saya sendiri menulis juga di https://penternak.my santai rehat sambil menjaga ternakan, boleh baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *