Tuan puan,
Saya ceritakan satu situasi yang menyebabkan saya terasa susah nak berikan jawapan kalau ditanyakan soalan, kerana apa? Kerana saya takut untuk menipu dan memberikan harapan palsu, semoga intipatinya tuan puan boleh ambil dan amalkan.
Pernah ada yang bertanya kepada saya, rumput apa paling bagus untuk ditanam, saya jawab “rumput yang dibaja”.
Kali ini ada yang bertanyakan pula tentang baka apa yang bagus untuk diternak, saya jawab baka yang “laku” bila dijual.
Reaksi orang yang bertanya tetap sama walaupun orangnya berbeza, terkejut dan tidak berpuas hati, dan jawapan saya pula tetap sama walau soalannya berbeza. Apa maksudnya?(soalan yang bagus, kita buka perbincangan yang baik).
Tiada jawapan mudah untuk soalan itu, ianya tentang “bagaimana” tuan puan melaksanakannya, ianya bukan “apa”. Walaupun apa pun perkara, jika tuan puan laksanakan sebetulnya, tuan puan pasti akan merasai kemanisan yang tuan puan inginkan.
.Tuan puan tanamlah rumput apa pun, jika pengurusannya ke laut, maka hasilnya tetap tidak bagus, lalu jawapan baka “apa” yang saya bagitahu, pasti akan tuan puan salahkan saya.
Begitu juga dengan baka “apa” yang elok diternak, jika pasaran tidak menginginkannya maka tuan puan akan marah dengan pilihan baka “apa” yang saya nyatakan.
Tuan puan perlu tahu sebetulnya apa yang tuan puan mahukan, dan jelas bagaimana mahu laksanakannya. Buka minda dengan perbanyakan perbincangan yang matang, hadir majlis ilmu yang berkaitan dan jangan takut untuk membuat pilihan.
Semuanya tentang bagaimana, bukannya tentang “apa”
Selamat maju jaya