Ilmu Kehidupan 2

1. Jaga solat. 17 rakat wajib. 12 rakaat sunat. 11 rakaan solat malam.

Tiada kejayaan tanpa solat.

2. Baca al Quran. Ia teman dalam kubur nanti. Kuasai 3 perkataan sehari. Setahun kita akan faham 90% dari al Quran.

Kita akan jadi pencinta al Quran. Sejam tadabur akan jadikan kita lebih faham al Quran.

3. Gunakan waktu maghrib dan Isya untuk duduk dalam majlis ilmu. Rahmat Allah SWT turun dalam majlis ilmu.

4. Tak perlu ambil peduli kata kata manusia. Mereka pun tak ambil kisah tentang kita.

Rendahkan hati. Jangan harap — pada penghormatan orang. Tumpu kepada orang yang signifikan sahaja.

5. Bina rumah yang selesa. Duduk diam diam. Gunakan sebagai pejabat untuk alirkan sungai pendapatan.

Work from home.

6. Jika berjalan dan kembara bawa 5 perkara:

Smart phone, laptop, buku, pasangan hidup dan duit. Dan jangan ikut rombongan naik bas turun bas. Tinggal di satu satu bandar – seminggu lamanya.

7. Belajar menikmati hidup. Kecilkan circle. Bawa mereka yang mahu bersahabat dengan kita sahaja.

Jangan terhegeh hegeh hidung tak mancung, pipi tersorong sorong mahu bersahabat dengan mereka yang tak sudi.

8. Jauhi balaci, macai , taksuber, fanaticker. Mereka adalah kelompok macai poket dan otak kosong.

Sembang berkilo panjang. Satu tindakan pun takda.

9. Kita semua akan mati. Siapkan bekal untuk perjalanan jauh. Kepada Allah SWT kita berserah.

Tempatkan hamba Mu pendosa ini dalam syurga Mu ya Allah.

Sumber asal Roslan Ab Hamid

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *