Ilmu Kehidupan

1. Kongsikan pengalaman + Refleksi = Pembelajaran.

2. Limpahkan kasih sayang dalam diri, bersangka murni kepada semua orang. Kita akan rasa sangat tenang.

3. Jangan terjah dan terkam mahu menguasai semua perkara. Fokus da. Jadi cemerlang dalam bidang.

Semua perkara ada dimensi pelebaran dan kedalaman. Tahu batas suci pelebaran dan gali dalam sehingga bertemu air. Cukup – nikmati mata air itu.

4. Hidup ini ada masa naik dan ada masa jatuh. Saya lihat salah seorang mentor saya.

Dia jatuh 1990, 2000, 2008 dan 2022. Saya belajar sesuatu, ketika naik ramai orang serbu puja puji. Masa jatuh dia dikeji maki.

5. Saya tetap ada. Tenang sahaja. Masa dia naik, saya tak bergantung, masa dia jatuh saya kekal menyokong.

InshaAllah , dia akan naik lagi sekali.

6. Sahabat ilmu adalah buku. Sahabat di kubur adalah al Quran.

Apabila kita faham ini – hidup akan jadi sangat tenang dan senang. Apabila kita boleh makan, berjalan dan menonton wayang sendirian, kita akan boleh survived.

7. Fokus kepada kerja utama. Tulis 25 perkara yang kita mahu setiap tahun.

Apabila dapat capai 5 yang paling utama dan penting — itu adalah pencapaian.

Sumber asal Roslan Ab Hamid

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *