Saya masih lagi dijadikan tempat rujukan, pandangan dan juga luahan tentang kehidupan oleh beberapa rakan, dan ianya sebenarnya ini jadi ujian bagi saya supaya menyimpan segala rahsia-rahsia yang mereka luahkan, dan memberi respond yang terbaik kepada mereka, terima kasih kerans masih mempercayai saya.
Ada ketika apa yang mereka luahkan ianya sama dengan apa yang saya lalui, terutamanya berkaitan dengan kewangan, ia tuan puan, kewangan menjadi salah satu cabaran kehidupan “jaman now”, uruskan dengan baik jiwa dan raga supaya masalah itu tidak menjadi mudharat yang merosakkan kehidupan.
Hidup ini hadapinya dengan tenang, ada yang beranggapan miskin itu bala, tapi jangan lupa ada banyak kisah yang memaparkan kehidupan yang miskin penuh dengan bahagia. Jangan kita anggap apa yang normal bagi kita itu normal bagi orang lain.
Ada ketika beranggapan sakit, kereta rosak, kemalangan atau apa sahaja yang tidak diingini dalam kehidupan itu sebagai bala, rezeki tidak berkat, mengambil hak orang lain, janganlah begitu, mungkin ada benarnya, tapi ada tapinya.
Apa itu nikmat? apa itu bala?
Nikmat itu adalah sesuatu yang kita pautkan dengan mengingati Allah, bala pula disebaliknya. Kita sakit, ingat Allah, itu satu nikmat, ada benda yang tidak diingini berlaku, ingatlah Allah, itu lebih nikmat. Melupakan Allah, itu bala paling besar, sangatlah malang nasib kita ketika itu.
Saya kongsikan pandangan ini, tujuannya untuk saya sendiri melatih hati sendiri, ada saja jalan untuk kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Jangan bersedih jika ada yang berkata, itu semua bala, hidup tidak berkat, tukarkan kata-kata mereka semua itu kepada untuk kita ingat Allah, masih belum terlambat, ucap yang baik, respond yang baik, bagi semua baik.