Langit yang cerah tiba-tiba jadi kelam dan menebal, angin kuat, guruh mula berbunyi, sang gagak yang menuju ke destinasi terpaksa mencari tempat berehat.
Saat keputusan dibuat, hujan mencurah-curah turun, ditambah petir mula menyambar sasaran, sang gagak akur terus menuju ke arah seekor kerbau ditengah padang rumput yang lapang.
Sambil berehat dibawah pokok dengan kerbau, mereka berkongsi prihal rutin harian masing-masing, sang kerbau kesian dengan gagak yang kesejukan, basah kuyup.
Lalu kerbau tersebut berak dan kehangatan tinja itu menyelamatkan gagak dari kesejukan, gagak selesa dengan keadaan itu. Gang kerbau menyelesaikan masalah kesejukannya. Makin rancak mereka berbual, lupa gagak mengucapkan terima kasih kepada kerbau.
Hujan berhenti, mentari kembali, kerbau meninggalkan gagak kerana dia mahu teruskan aktiviti meragut rumput. Telahan gagak kepada kerbau “belum kenyang lagi dan belum padat lagi untuk menjalani aktiviti ruminasi”.
Tapi sang gagak yang berada dibawah pokok mengalami kesukaran untuk terbang, disebabkan tinja kerbau masih melekat lagi dipelepahnya, mula mengeras. Tiba-tiba satu suara lembut menegur, “perlukah aku membantu mu membuang kesan tinja wahai gagak?”
Suara itu datang disebalik salah satu dahan pokok, rupanya sang musang juga berlindung di pokok yang sama sewaktu hujan tadi. “Sudah pasti, aku mahu terbang tinggi, ada destinasi yang aku mahu tuju” balas gagak. Tanpa membuang masa, serigala terus membantu gagak.
Sambil membantu gagak, musang bertanya banyak soalan dan pengalaman merantau gagak, dan beliau hanya diam bila gagak bercerita, lagaknya penuh pengetahuan luas. Dipuji-puji oleh serigala, makin galak gagak untuk terus bercerita.
Gagak mengucapkan ribuan terima kasih kepada sang musang, sempat pula minta sang musang kirimkan salam dan ucapan terima kasih kepada sang kerbau kerana membantunya tadi.
Saat gagak menunjah kaki, mencondongkan sayap, mula mengepakkan sayap, mencipta aerodinamik untuk terbang, sang musang menerkam dan membahamnya. Tamat riwayat sang gagak, kekenyanganlah sang musang, dan tenanglah kerbau ditengah padang rumput yang luas itu.
Nota: Cerita asal disampaikan kepada saya oleh En Azali sewaktu memberi nasihat dan motivasi kerja. Saya catatkan satira ini untuk anda baca dan saya cuba menulis dengan olahan sendiri, mohon tunjuk ajar.
Pengajaran? Ermm…. fikir sendiri.