Otak tepu

Sebulan dua ini saya mengalami masalah untuk menikmati hiburan di kaca tv, Netflix, HBO mahupun Viu dan lain-lain platform setelah menikmati siri Hilang dan juga Reborn Rich. Dan disebabkan ini juga saya habiskan seharian dengan membaca buku Pemikiran dan perjuangan HAMKA (boleh baca ulasan di sini https://azamin.net/349/ )

.

Dua siri drama ini kita ceritakan lain kali, disebabkan hari ini saya menghadapi masalah untuk mendapatkan ovum, dan tidak berjaya untuk menghasilkan embryo, saya mengambil keputusan untuk membaca.

.

Tidak sedar sebenarnya sudah hampir tengahari, saya fikir elok sarapan dan makan tengahari terus, sambil menulis sedikit tentang Beefalo (boleh baca di sini ), tapi hati masih belum berpuas hati.

.

Lalu saya capai bag, dan ada senaskah buku setebal 200 helai muka surat, sebuah novel terjemahan yang terbitkan oleh ibde. Jejak Berdarah, Sherlock Holmes oleh Arthur Conan Doyle, buku ini saya miliki setelah berenang di dalam gudang buku Bookcafe.com.my ditemani Hairul Faizal Adli dan kemudiannya buku ini dihadiahkan kepada saya oleh saudara Nasrullah Mujaddidi disebabkan saya memegangnya (terima kasih tak terkata).

.

Berkenaan buku ini, terus terang saya katakan ianya satu buku yang baik untuk dinikmati, diterjemahkan dengan sangat baik, penuh dengan misteri dan juga kejutan (biasalah tema penyiasatan memang begitu).

.

Novel ini dibahagikan dengan dua bahagian, bahagian pertama sarat dengan cabaran, adrenalin sentiasa dirembes dan otak sentiasa mula ingin tahu, tapi dibahagian dua permulaanya terasa sedikit sendu (tapi percayalah, perasaan itu memang disengajakan) dan diakhiri dengan pelbagai tragedi.

.

Novel ini walaupun fiksi, tapi ditulis baik oleh orang dalam bidangnya, seorang bekas tentera, penuh fakta yang menarik, mengenai tindak balas kimia, matematik dan juga geografi. Selain itu terdapat juga teguran buat masyarakat tanpa sedar menceritakan sebuah gerakan agama (dan ianya wujud di dunia nyata). Selain itu, terdapat juga sejarah mengembangan sesetengah tempat dicatat juga, kesemuanya sempurna bagi saya.

.

Dari kedai makan, kemudian ke bank kemudian ke makmal semula, kemudian di kedai makan dan berakhir di masjid, hari ini terasa lega disebabkan selesai baca kesemuanya, dan dapat juga memecahkan rasa sendu otak yang sudah lama dahagakan pemikiran yang kritis melalui pembacaan.

.

Dan perasaan ini penting buat saya, supaya kerap lagi mengali setiap penulisan dengan menjiwainya. Disebabkan semangat ini juga saya kongsikan secebis pandangan berkenaan buku ini melalui penulisan, semoga bermanfaat, jika ada yang ingin memiliki, boleh dapatkan di sini https://bookcafe.com.my/sherlock-holmes-jejak-berdarah/

Di FB

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *