Panakiak pilau sirauik
Ambiak galah batang lintabuang
Nan Sanyiru jadikan sakapa
Nan saganggam jadikan sagunuang
Alam takambang jadi guru
Petikan sajak lama Minang, memang kena dengan apa yang dilalui oleh HAMKA dan bagi sesiapa yang mengikut jejak langkah beliau. Buku ini diterbitkan oleh ABIM sempena sambutan ulang tahun penubuhan ABIM ke 30 pada tahun 2001, dan dicetak semula pada tahun 2018 sempena kehadiran Pak Afif Hamka ke Malaysia.
.
Pada awalnya saya boleh disimpulkan, penerbitan buku ini penting untuk sesiapa sahaja yang mahu memahami dan meneladani Hamka, disulam pula dengan peristiwa penting, jadi anda wajib memilikinya.
.
Terdapat 5 bab penting dalam buku ini, dan kesemuanya mewakili pembentangan oleh 5 tokoh yang hebat juga. Dan peyunting berjaya membawa saya khusyuk melayari setiap bab, semuanya penting, tapi sebelum baca kesemua bab itu, baca juga bahagian ruangan kata pengantar. Setiap akhir bab diberi pula sumber rujukan, dan ulasan akhir.
.
Bab 1 Kenangan pribadi tentang ayahku
—
Bab ini ditulis sendiri oleh H. Rusydi Hamka, ini adalah bab paling penting sebelum pergi ke bab yang lain, kerana secara ringkas kisah hidup Hamka diceritakan dan ada 3 peristiwa besar yang berlaku dalam hidup Hamka, beliau terus melangkah tiada apa boleh hentikan perjuangannya. Menarik, keperibadian dan sikap yang dibawa oleh Hamka, diulas sendiri oleh anak beliau, tidak boleh lari dari pujian seorang anak buat ayahnya.
.
Bab 2 menghidupkan dakwah membangunkan negeri
—
Disampaikan oleh Bustanuddin Agus, Hamka hidupnya berkat, sebagai ulama, sasterawan, berpolitik, dan juga cendikiawan, bab ini menceritakan cabaran yang dihadapi oleh Hamka ketika menyampaikan dakwah, tidak mudah untuk memahamkan masyarakat tentang agama, agak susah juga setiap tentangan yang dihadapi bukan oleh musuh tetapi juga rakan seperjuangan. Dakwah beliau disampaikan dengan pelbagai cara sejuk tanpa memerlukan kekerasan dan keterpaksaan.
.
Bab 3 mengangkat martabat umat dengan tamadun Melayu
—
Oleh Siddiq Fadhil, bab ini memperlihatkan betapa cintanya Hamka kepada sejarah yang berlaku disekitar beliau malah segenap capaian yang mampu diketahui beliau. Hamka, mendefinasikan bagaimana Melayu, dan bagaimana roh Islam yang diserap masuk oleh masyarakat Melayu, perjuangan beliau bagi kemerdekaan Indonesia, dan akrabnya beliau dengan Tanah Melayu. Yang memberi penyatuan bagi pemikiran setempat adalah bahasa, bahasa jiwa bangsa begitu juga budi bahasa budaya kita. Melayu mempunyai sejarah yang penting dalam peradaban dunia, tapi kemana hilang bahasa yang kita bawa.
.
Bab 4 Hamka dan studi sejarah Islam di Indonesia
—
Oleh Mestika Zed, sekali lagi bab sejarah diulas, kali ini mengkhususkan tentang teori kedatangan Islam ke dunia Nusantara, ada 4 teori yang dibahaskan. Tapi, bagi saya yang kurang arif, ke semua laluan kedatangan Islam datang serentak, ataupun berlainan zaman berlaku tanpa henti. Namun kenapa bab ini dibentangkan? Kerana Hamka mencetuskan dan mengukuhkan hujah teori kedatangan Islam ke Indonesia, sebelum ini tidak ramai yang lantang menhujahkannya, malah hanya diterima apa yang disampaikan oleh penjajah.
.
Bab 5 Tafsir Al-Azhar cermin perubahan sosial Indonesia abad ke 20
—
Diulas oleh Wan Sabri Wan Yusof, bab ini menceritakan kenapa tafsir ini diterbitkan, dan kemudiannya dibentangkan pula stuktur tafsir. Semuanya disusun rapi, sesuai untuk difahami oleh masyarakat Nusantara, bab ini sesuai bagi sesiapa yang mahu memiliki tafsir, memahami dahulu bagaimana ianya dihurai. Pun begitu, bab ke 5 ini memperlihatkan kepada saya secara peribadi, Hamka meninggalkan khazanah yang agung, kita yang perlu memanfaatkanya. Banyak yang dibahaskan, antaranya tentang ketegangan isu agama dan juga tentang “beragama itu wajib dengan ilmu” bukan hanya ikut-ikutan sahaja.
.
Sajak Minang itu sebenarnya satu nasihat buat semua, hidup ini biarlah bermanfaat buat semua orang, mahu menyebarkan manfaat, jadikan diri kita ini kuat, dan perlulah kita menambah nilai diri kita dengan ilmu pengetahuan.
.
Buku ini penting bagi saya untuk meneladani Hamka, dan saya membelinya dengan Khalifah buku, boleh dapatkan di sini https://www.kafilahbuku.com/pemikiran-dan-perjuangan-hamka
Bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki tafsir Al-Azhar sebelum ini saya beli di bookcafe, boleh dapatkan disini kesemua jilid mahupun secara berasingan https://bookcafe.com.my/tafsir-al-azhar-set-lengkap-30…/
Nota: Jika ada yang saya tulis terdapat kesilapan dari segi ejaan mahupun maksud ataupun fakta, mohon ditegur.
di FB