Ada ketika menjadi, ada ketika pula tak menjadi, begitulah proses pembelajaran berlaku. Untuk belajar, perlu bentuk adab dalam diri sendiri, untuk apa? Supaya kita mampu menerima ilmu yang akan diberikan oleh guru.
.
Walaupun cara duduk sekali pun, perlu beradab, teringat saya kepada amanat tuan guru PSSCM, cara duduk orang mahu belajar adalah duduk tegap, tapi kedepan bukan kebelakang, itu meunjukkan anda mahu mendengar, bukan belagak. Sebab itu aktiviti silat banyak mempengaruhi pembinaan jati diri seseorang.
.
Tapi, saya percaya, bukan cara duduk yang mahu ditegurkan oleh tuan guru. Intipati yang saya serap ketika itu adalah, “belajarlah jadi bodoh sebelum mahu jadi cerdik”, ketika mengikuti tarbiah jemaat tabligh dulu, adab ketika mendengar Hadis nabi, biar pun pernah dengar, anggap itu adalah pertama kali mendengarnya.
.
Mahu jadi cerdik? Jadilah yang bodoh terlebih dahulu. Dalam ayat lain, kena tahu apa yang kita tidak tahu, barulah kita jumpa apa yang kita mahu tahu. Hadirkan sifat ingin tahu, bukan sifat saya sudah tahu.
di FB