Tak lama lagi kita akan memasuki tahun 2023, ada bermacam azam yang akan ditanam dalam diri masing-masing. Selamat mengejar azam yang dicitakan, semoga menjadi haluan hidup yang menuju ke arah kebaikan.
Apa pun azam yang mahu dibuat, biarlah ianya realistik, dan mampu dilaksanakan dengan baik, seperti biasa benda sebegini memerlukan perancangan yang rapi.
Tapi, mulakan saja yang bertangguh, disebabkan pelbagai perkara yang tidak lengkap masih rasa perlu ditangguhkan, dunia tak akan sempurna. Pun begitu, pastikan ianya menjadi kenyataan apabila telah mulakannya, jangan putus asa.
Hidup ini sementara, kita menuju ke alam yang kekal abadi, pastikan azam yang kita bina adalah bermanfaat untuk diri kita sendiri dan untuk orang disekeliling kita. Paling digalakkan adalah sedekah, bukan sedekah harta semata-mata, buah fikiran, tenaga, raup wajah yang menyenangkan, malah kata-kata yang baik juga boleh jadi sedekah untuk yang memerlukan.
Selamat menuju ke tahun baru dan membina azam baru.