Kisah Abu Nawas banyak memberi pengajaran selain itu menghiburkan. Teringat satu kisah, Abu Nawas ditanyakan soalan yang sepatutnya tidak ditanya, pertanyaan boleh jadi memang tidak tahu, dan boleh jadi juga hanya untuk menguji.
Abu Nawas ditanya berkenaan bilangan bintang dilangit. Umum sudah tahu, tidak terbilangnya bintang dilangit oleh seorang manusia. Terlalu banyak, jadi soalan sebegitu boleh jadi hanya mahu menguji kebijaksanaan Abu Nawas.
Jawapan Abu Nawas mudah saja, bilangan bintang dilangit sebanyak bilangan bulu seekor kambing. Jika kita mengharapkan jawapan yang bernas dan sedap untuk dihadam, persoalannya juga begitu. Biarlah waras diakal fikiran, dan juga dapat diberi ukuran.
Banyak persoalan dalam dunia ni, dan pasti akan ada jawapan diakhirat nanti. Lihat saja Abu Nawas, penuh hikmah pada bait kalamnya, meskipun tidak menjawab persoalan itu secara terus, namun jawapannya menjadi hiburan bagi yang memerlukannya, tapi buat orang yang merasai hikmah katanya, ianya memberi pengajaran tanpa menguris hati (sentap).
Senyum kambing sikit