Dikarikan

Kelihatan seekor lembu jantan dan seekor burung Pegar sedang berada atas padang rumput. Burung Pegar adalah burung buruan besar berekor panjang yang berasal dari Asia, jantannya biasanya mempunyai bulu yang sangat menonjol.

Lalu, terjadilah satu sesi perbualan diantara mereka. Burung pegar beritahu lembu jantan, “dulu aku dapat terbang sampai ke ranting paling tinggi atas pokok besar itu. Sekarang aku sudah tidak dapat terbang tinggi.”

Lembu jantan membalas, “mudah sahaja kalau mahu selesaikan masalah itu, tiap hari selama 14 hari, engkau makan shit aku. Najis aku akan bantu engkau ringankan badan dan dapat terbang tinggi ke atas pokok.”

Burung Pegar percaya dan setiap hari, burung itu makan najis kotoran lembu dan ajaibnya, burung itu dapat terbang ke atas dahan dan ranting paling tinggi. Setiap hari dia menyanyi riang di atas dahan pokok itu. Satu hari pemburu datang dan ternampak burung pegar.

Tanpa berlengah lagi, pemburu tersebut mengangkat senapang dan terus tembak lalu tepat mengena sasarnya, habuan besar buat pemburu. Mati lah burung pegar itu.

Begitulah sebuah kehidupan. Jangan banyak sangat telan bull-shit. Boleh jadi akhirnya mati di hujung senapang. Bullshit —> benda mengarut bulan dan bintang yang sedang bergentayangan sekarang.

Sumber asal: fb Roslan Ab Hamid

Saya sangat meminati karya satira sebegini, setakat ini yang betul memuaskan hati buku Politik Kandang Karya George Orwell, disebabkan tak lama lagi dah nak PRU, ini antara bahan bacaan yang sesuai dengan masa dan situasi sebelum nyoblos berinaikan satu jari.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *