Karya George Orwell “Politik Kandang” memang sedap untuk dibaca, santai, ada yang serius, sinis dan sedikit lawak. Tak tebal, sesuai untuk pemula yang mahu membaca. Karya ni penuh dengan ktitikan politik dan kemasyarakatan.
++
Satira sebegini sering saya dahagakan. Pelbagai intrepitasi yang boleh dibuat, dan ianya berubah mengikut situasi dan mood pembaca. Sarat dengan maksudnya yang tersendiri. Biarlah wataknya bersadarkan kepada haiwan ternakan, namun ianya mewakili kita sendiri dalam masyarakat.
++
Selain satira Politik Kandang, siri animasi “stop motion” Shaun the Sheep juga mempunyai aura yang hampir sama, teknik penghasilan stop motion tidak semudah yang disangkakan, tapi pihak produksi berjaya mempersembahkan sesuatu yang menarik dan bermakna buat tontonan keluarga.
++
Sempena PRU 15 yang akan datang, saya sarankan baca buku ini dan enjoy. Bukan apa, apabila kuat berhujah tanpa memahami situasi, ianya adalah membuang masa. Buku ini kerap saya beli untuk dijadikan hadiah, semoga sesiapa saja yang pernah menerima buku ini mendapat manfaat. Kot ada yang nak cari boleh jenguk disini
++
Saya suka membaca, dan karya satira sebegini yang saya buru. Terima kasih kepada pihak The Biblio Press dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia [ITBM] kerana membawa karya ini kepada masyarakat. Ada lagi ke karya satira lain? Kot ada mohon cadangan.